Sejarah Penubuhan

Tabika Kemas KG. Tanah Merah telah ditubuhkan pada tahun 1991, guru yang ditugaskan mengajar di tabika pada masa itu ialah Puan Sarah Binti Idris. Oleh kerana pertambahan penduduk di Kawasan Kg. Tanah Merah , Tabika ini  terpaksa membuka dua sesi untuk menampung bilangan kanak-kanak yang belajar. Puan Sarah dipindahkan ke Tabika Kg. Melayu, dan telah digantikan oleh guru baru iaitu Puan Azimah dan Puan Suria Sihul. Tidak lama kemudian tabika KG. Tanah Merah terpaksa ditutup kerana tidak ada yang mendaftar, selama 3 tahun tidak beroperasi. Guru yang mengajar pada masa itu terpaksa dipindahkan ke Tabika yang lain.


Pada awal tahun 2001 Tabika KEMAS Kg. Tanah Merah telah dibuka semula, saya telah diarahkan untuk mengajar di Tabika Kg. Tanah Merah, kerana saya juga baru balik dari kursus di Pusat Latihan Terengganu Seberang Takir selama 6 bulan. Bangunan Tabika pada Masa itu tidak boleh digunakan kerana sudah usang. Saya terpaksa mengajar di balai raya  dengan bilangan kanak-kanak seramai 30 orang. Bangunan Tabika telah siap dibaikpulih pada tahun 2002, membolehkan saya dan kanak-kanak berpindah ke bangunan yang  lebih selesa. Pembantu masyarakat pada masa itu ialah Cik Suria Bt Hj. Tangkuyung. Pada tahun 2004 seorang guru baru telah ditempatkan di sini iaitu Puan Rozana Binti Komon sehingga sekarang kerana bilangan kanak-kanak pada masa itu agak ramai, dan perlu dibuka dua sesi hingga sekarang. Cik Suria terpaksa berpindah ke Tabika Kg. Bokara kerana bapanya tidak sihat. Pembantu baru Puan Rokiah Binti Dandan, kemudian Roslani dan Noreen.


Guru kelas A Puan Rozana Bintin Komon dan pembantunya Puan Noreen Binti Indanan, kanak-kanak seramai 17 orang, dan beroperasi dari pukul 7.30 pagi hingga 11.30 pagi. Sementara kelas B , guru kelasnya ialah Puan Hajjah Hamsiah Haji S.A Anjaw, dengan kanak-kanak seramai 16 oarang dan pembantunya ialah Puan Roslani, @ Norlilah Binti Asmat dan beroperasi dari pukul 11.40 hingga 3.40 petang.


Tabika KEMAS Kg. Tanah Merah juga dilengkapi dengan kemudahan elektrik, air paip, dan pagar besi. Cuma yang tidak dibekalkan ialah alat permainan luar, kerana Tabika KEMAS kg. Tanah Merah terletak di atas air.

No comments:

Post a Comment