Apakah Wawasan TABIKA KEMAS?
♥ Tabika KEMAS memberi pendidikan untuk kecemerlangan kanak-kanak disamping menerapkan nilai-nilai murni.
Perlukah anak saya ke TABIKA atau Prasekolah?
♥ Pendidikan prasekolah tidak diwajibkan, tetapi jika dihantar belajar ke TABIKA, anak anda kan mendapat pengalaman pembelajaran yang tidak ternilai harganya.
Bilakah anak saya boleh mendaftar?
♥ Anak anda yang telah genap umur 4+ -5+ tahun boleh mendaftar
♥ Pendaftaran dibuka bila-bila masa sahaja bermula ogos-Disember untuk kemasukan ke tahun berikutnya.
♥ Dapatkan borang di TABIKA berdekatan dengan rumah anda dan buat pendaftaran segera pada kadar segera.
♥ Bilangan pengambilan kanak-kanak terhad 25 orang sahaja. Keutamaan diberi kepada kanak-kanak yang mendaftar awal.
Berapa hari anak saya belajar
dalam seminggu?
♥ Anak anda akan belajar 5 hari seminggu dari jam 8.00 pagi-12.00 tengahari.
♥ Anak anda juga akan mengikuti dua kali aktiviti kokourikulum dari jam 12.00 tengahari-1.00 petang.
Berapakah yuran yangperlu saya bayar setiap bulan?
Adakah TABIKA KEMAS mempunyai pakaian seragam?
♥ Ya. Anak anda diwajibkan memakai pakaian seragam TABIKA.
Polisi Insuran
♥ Anda diwajibkan mengambil polisi Insuran anak anda mengikut kadar bayaran sebanyak RM 2.00 setahun.
Apa yang perlu saya buat di hari pertama anak saya di TABIKA?
♥ Menimbang berat dan mengukur tinggi anak saya. Catatkan dalam borang yang disediakan
♥ Jelaskan pada anak saya apa yang akan berlaku di TABIKA sepanjanag hari.
Apakah Kurikulum yang digunakan?
♥ TABIKA KEMAS menggunakan kurikulum standard prasekolah kebangsaan, KPM yang juga digunakan oleh seua TABIKA di Malaysia.
Anak anda akan mengikuti 6 tunjang pembelajaran yang dilaksanakan secara besepadu iaitu:-
♥ Tunjang Komunikasi
♥ Tunjang fizikal&Estetika
♥ Tunjang Sains&Teknologi
♥ Tunjang Ketrampilan Diri
♥ Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai
Apakah pengharapan anda?
♥ Semua guru KEMAS adalah terlatih.
♥ Di TABIKA , guru menggalakkan anak anda meneroka, membuat percubaan, menjelajah, mereka cipta, menyoal, menjelajah, berbincang dan membina.
♥ Anak anda digalakkan bekerja dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kumpulan, kelas dan individu.
♥ Program TABIKA menyediakan permainan dalam dan luar yang dirancang suapaya anak anda dapat meneroka, meningkatkan kemahiran, mendalami kefahaman, mendapat pengalaman yang bermakna dan terlibat secara aktif dalam merancang pembelajaran sendiri.
♥ Di TABIKA, anak anda 'Belajar Melalui Bermain'. Pengajaran dan pembelajaran bertema, bersepadu serta menggunakan komputer.
♥ Diharapkan TABIKA menjadi tempat yang menggembirakan dan selamat untuk anak anda.
Bagaimana saya boleh mengetahui perkembangan dan kemajuan anak saya?
♥ Guru TABIKA membuat pemerhatian yang sistematik, berterusan dan tetap.
♥ Mengumpul maklumat dan merekodnya.
♥ Penilaian dilaksanakan melalui pemerhatian terhadap tingkah laku, perbualan dan interaksi serta hasil kerja anak saya.
♥ Di TABIKA, Dibawah bimbingan guru setiap kanak-kanak meneruskan pengajaran dan pembelajaran yang bermula sejak dilahirkan kerana mereka adalah unik.
No comments:
Post a Comment